Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada yang mendakwa anggota polis di sebuah balai polis di Kulim, Kedah mengambil duit daripada dompet ditinggalkan oleh seorang individu yang menemui beg duit tersebut di tengah jalan.

Difahamkan, individu tersebut telah memuat naik gambar dompet yang ditemuinya di sebuah group komuniti Facebook dan memaklumkan bahawa telah menghantar beg duit itu di balai polis di Kulim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian individu itu mendapat perhatian ramai orang dan seorang individu mendakwa dompet itu milik adiknya dan telah mengambil semula dompet itu di balai polis yang terbabit.

Akan tetapi, individu terbabit mendakwa bahawa sejumlah duit yang asalnya berada di dalam beg itu sudah pun diambil oleh anggota polis. Dakwaan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan dakwaan terbabit.

Lantaran itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata dalam satu kenyataan di Facebook mengatakan bahawa kejadian wang hilang tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah balai polis di daerah itu dikesan pihaknya.

“Semakan mendapati sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan isu ini. Namun demikian, pihak polis IPD Kulim telah menjalankan siasatan terhadap isu yang diviral.

“Ketua Polis Balai akan memanggil kesemua pihak yang terlibat bagi mendapatkan keterangan terhadap isu berkenaan,” kata Superintendan Mohd Redzuan Salleh.

Malah, Superintendan Mohd Redzuan Salleh juga menyarankan agar pihak yang berkaitan dalam isu tersebut membuat laporan polis bagi siasatan selanjutnya. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berdasarkan isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Menurut Superintendan Mohd Redzuan Salleh, tindakan sebagaimana peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan termasuk pegawai dan anggota polis.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Filem Mat Kilau Cetus Fenomena, Perak Cadang Lokasi Penggambaran Jadi Destinasi Pelancongan

‘Anggaran RM21 Juta Habis’ – Netizen Puji Cara Anak Waris Ini Tenangkan Mangsa ‘Scam’ Visa Haji

Hampir 400 Mangsa ‘Scam’ Tunai Haji, Netizen Luah Rasa Simpati Dan Mahu Pelaku Ditangkap