Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam heboh di media sosial apabila segelintir netizen dan beberapa media tempatan memuat naik satu laporan mengenai sembilan pengemis yang dikenakan hukuman RM10,000.

Sabah Post melaporkan bahawa 9 pengemis wanita dari komuniti Pala’uh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op COVID-19.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Sembilan wanita daripada komuniti masyarakat bajau laut terbabit yang berusia 17 hingga 41 tahun turut ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan terbaharu polis Lahad Datu yang dilaporkan oleh MalaysiaKini, mereka menafikan bahawa telah mengeluarkan denda RM10,000 terhadap sembilan pengemis terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata  denda hanya dikenakan terhadap warganegara Malaysia sahaja dan wanita terbabit sedang berada dalam siasatan.

“Memandangkan sembilan pengemis berstatus stateless, maka kertas siasatan juga perlu dirujuk kepada Pejabat DPP untuk menerima arahan tindakan selanjutnya,” katanya kepada MalaysiaKini.

Untuk rekod, mereka disiasat berhubung dengan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa ada penjarakan fizikal. Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Rohan Shah turut berkata bahawa kumpulan pengemis dari komuniti Pala’uh ini juga turut disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana menggunakan kanak-kanak untuk mengemis.

Orang ramai anggap denda RM10,000 jika langgar PKP terlalu tinggi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Orang Ramai Anggap Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Terlalu Tinggi

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Anda Mungkin Suka