Sering kita dengar bahawa kes penderaan kebanyakannya berlaku sesama isteri dan suami atau anak didera oleh ibu bapa. Namun apa yang terjadi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebaliknya, iaitu peningkatan kes penderaan ke atas ibu bapa.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak PDRM (D11), keganasan rumah tangga melibatkan penderaan ibu bapa oleh anak mereka sendiri telah meningkat sebanyak 20% dalam tempoh PKP.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Penolong Pengarah D11, ACP Siti Kamsiah menyatakan bahawa sepanjang 3 bulan sebelum tempoh PKP, polis telah mencatatkan 125 kes penderaan ke atas ibu bapa, yang kemudiannya meningkat kepada 134 kes sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, PDRM turut menyatakan bahawa ibu bapa telah menjadi mangsa dera oleh anak-anak mereka yang berumur di antara 30 hingga 38 tahun dan ia berlaku disebabkan kekangan dan tekanan kewangan yang terjadi sepanjang tempoh PKP.

Anak-anak ini bertindak sedemikian disebabkan marah dan kecewa terhadap ibu bapa mereka yang didorong oleh beberapa faktor seperti kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji atau kesan akibat terkurung di dalam rumah.

Selain itu, data yang dikeluarkan oleh pihak polis turut menunjukkan penurunan sebanyak 20% dalam kes penderaan rumah tangga melibatkan suami dan isteri. Sebanyak 261 kes yang dicatatkan sebelum PKP dan turun sebanyak 134 kes semasa PKP.

Terdahulu, seorang suami kepada YouTuber terkenal telah direman bagi membantu siasatan dakwaan cuba mencederakan isteri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suami YouTuber Terkenal Direman Bagi Membantu Siasatan Dakwaan Cuba Mencederakan Isteri

Pengawal Keselamatan Nepal Didera Warga Tempatan, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis

Anda Mungkin Suka