Pada hari minggu lalu, dua insiden berasingan melibatkan konvoi kereta mewah telah berlaku di mana perjalanan mereka didakwa di halang oleh ‘Abang Lori’ dan kumpulan kereta mewah itu juga telah membuat ‘sekatan’ di tengah-tengah lebuh raya bagi menghalang seorang pemandu Ford Ranger didakwa mabuk sehingga melanggar kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian pada 6.30 petang di Kilometer 34 arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak. Siasatan awal mendapati insiden bermula apabila pemandu kenderaan Ford Ranger cuba memotong konvoi tersebut sehingga melanggar salah sebuah daripada kereta terbabit.

“Pemandu (Ford Ranger) wanita berusia 28 tahun dipercayai cuba memotong konvoi secara zig-zag sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini ketika memasuki lorong kiri.

“Pelanggaran itu menyebabkan kumpulan konvoi terbabit tidak puas hati dan berhenti di tengah lebuh raya, malah berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger,” kata beliau dalam satu kenyataan rasmi.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga masih menyiasat dakwaan pemandu wanita itu mabuk. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut mengenai insiden melibatkan kereta mewah pada hari minggu baru-baru ini.

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai

Sumber