Susulan satu perkongsian yang tular, Polis Brickfields menafikan anggotanya memotong barisan ketika mencuci kereta peronda di sebuah pusat cuci kenderaan di Pantai Dalam, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam semalam berkata pihaknya mengesan satu gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) berserta ciapan bertanya adakah kenderaan polis boleh potong barisan semasa cuci kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Hasil pemeriksaan awal mendapati MPV itu dinaiki anggota bertugas Balai Polis Pantai yang pergi ke kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam kerana kotor.

“Sebaik sampai di lokasi, anggota bertugas meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran.

“Anggota terbabit tidak meminta untuk potong barisan sebaliknya pekerja kedai itu yang menyuruh masuk dulu untuk dibasuh. Selepas selesai dibasuh, anggota membayar dan beredar untuk meneruskan penugasan rondaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau menegaskan pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka didapati bersalah akan diambil tindakan tegas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata berkata pemilik premis basuh kereta mempunyai hak untuk mempercepatkan urusan polis supaya mereka dapat meronda dengan segera. “Dia nk cepat, nak sambung tugas, nak jaga keselamatan hang semua lah. Itu pun nak berkira,” komen salah seorang netizen.

Terdahulu, tular di media sosial ciapan berkenaan ‘Nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn?’ yang mendapat reaksi netizen.