Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim membuat pencerahan mengenai isu ‘serbu’ apartmen mewah milik ahli keluarga bekas perdana menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Jalan Raja Chulan semalam. Pihak polis menyiasat lokasi berikutan laporan pemindahan barangan peribadi mewah ‘kotak oren’ milik isteri bekas perdana menteri itu.

Tambah Datuk Seri Mazlan, pihak polis berada di tempat kejadian untuk meneliti rakaman litar tertutup untuk tujuan siasatan mengenai dakwaan yang dikemukankan oleh Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan. Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar,” ujar Datuk Seri Mazlan.

Najib sebelum ini menyatakan hasrat untuk berehat ke negara jiran bersama ahli keluarga bagaimanapun tergendala kerana menerima sekatan dari pihak imigresen. Tindakan ini diambil berikutan dengan siasatan awal yang menunjukkan penyelewengan dana 1MDB.

Sumber