Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari lalu kemelut politik negeri Melaka menarik perhatian ramai apabila bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan berkerjasama untuk memulangkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri.

Susulan itu, pada pagi tadi polis Melaka telah merampas kenderaan rasmi yang diletakkan di aras tiga tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi, lapor Astro Awani.

Kereta jenis Toyota Camry bewarna hitam itu dirampas selepas salah seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri membuat laporan polis dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh mengeluarkan waran geledah terhadap bekas Exco Negeri Melaka tersebut.

Tambah Harian Metro pula, sehingga kini seramai lima saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Datuk Norhizam Hassan Baktee menggesa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka menganjurkan program khusus penyerahan kenderaan semua EXCO di Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membawa kepada perletakan jawatannya itu.

Orang ramai tertarik melihat rakaman kamera tertutup di mana pihak berkuasa menggunakan ‘lori pasar’ untuk membuat serbuan. Tonton rakaman tersebut melalui pautan di bawah.

Rakaman Pihak Berkuasa Guna ‘Lori Pasar’ Ketika Buat Serbuan Raih Perhatian Ramai

‘Surat Letak Jawatan Terbaik Yang Pernah Saya Dapat’ – Rafizi Ramli Kongsi Tips Berhenti Kerja

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya

Anda Mungkin Suka