Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana orang ramai tidak dibenarkan untuk menjamah makanan di restoran  atau premis. Selain itu, waktu operasi bagi restoran atau premis juga telah dipendekkan kepada jam 8 malam sahaja.

Terbaharu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memaklumkan tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan servis dine-in di dalam kereta buat para pelanggan.

padi-house8
Gambar sekadar contoh. Sumber: Facebook Padi House Malaysia

Hal ini berikutan tindakan berkenaan dikatakan melanggar SOP sekaligus menasihatkan untuk menghentikan servis layanan sedemikian. Difahamkan, setakat ini sudah terdapat sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan servis dine-in dalam kenderaan.

Dalam pada itu, sekiranya pembelian makanan secara bungkus atau pandu lalu masih lagi dibenarkan. Dimaklumkan larangan penawaran servis dine-in dalam kereta adalah bertujuan untuk mengawal penularan COVID-19 yang membimbangkan di negeri berkenaan.

Tular pada hari ini apabila kayu balak bersaiz luar biasa dilaporkan berada di R & R Temerloh sekaligus menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai pengeluaran kayu balak berkenaan.

Tular Gambar Kayu Balak Saiz ‘Luar Biasa’, Jabatan Perhutanan Pahang Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah