Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Aida Najwa mendakwa permohonan rentas negeri untuk menghantar bapanya ke hospital ditolak dan menerima layanan tidak bertimbang rasa oleh pihak polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, siasatan dibuat ekoran satu hantaran tular di media sosial oleh seorang wanita yang menyatakan polis tidak membenarkan rentas negeri bagi tujuan membawa bapanya yang sakit ke hospital.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Hasil siasatan awal polis mendapati mendapati segala dakwaan wanita itu adalah tidak benar dan palsu kerana tiada sebarang rekod kehadiran dalam buku rekod pendaftaran serta aplikasi MySejahtera di balai polis berkaitan pada 17 April yang lalu.

Walau bagaimanapun, semakan lanjut polis terhadap dakwaan wanita itu serta pemeriksaan terhadap rekod permohonan rentas negeri mendapati empat permohonannya untuk merentas negeri ke Seremban dan Melaka dibenarkan sebelum ini atas alasan melawat bapa di hospital dan beberapa alasan yang miliki bukti kukuh.

Berhubung dengan dakwaan berlaku kekasaran tingkah laku anggota polis, pihaknya masih menjalankan siasatan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wanita Ini Terkilan Hasrat Rentas Negeri Untuk Bantu Ayah Terbantut Kerana ‘Bukti Tidak Kukuh’

Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Netizen Pertikai Pemilik Butik Fesyen Ini Peroleh Kebenaran Merentas Negeri

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Anda Mungkin Suka