Pada hari semalam tular satu rakaman video seorang pemandu Mercedes-Benz berbuat khianat dengan mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta Perodua Viva dan mencampakkannya ke jalan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata polis mengesan satu video yang dimuat naik pada laman sosial Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta Perodua Viva dan mencampakkannya ke jalan.

“Kejadian itu disyaki berpunca akibat meletakkan kenderaan secara berlapis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, setakat ini polis tidak menerima laporan berkaitan kejadian berlaku di Jalan Kuchai Maju, Brickfields, namun akan menjalankan siasatan mengenainya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang lelaki mengundurkan kereta Mercedes yang terhalang oleh Perodua Viva dipercayai untuk keluar.

Selepas mengundurkan kereta, lelaki itu dilihat keluar daripada kenderaannya lalu mencabut nombor pendaftaran Perodua Viva berkenaan sebelum dilihat beredar.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB di Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber