Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kini giat menjalankan siasatan berhubung dengan isu tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh di sini yang diconteng dengan semburan cat (spray) warna merah, berlaku pada awal pagi, semalam, memetik laporan Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas salah seorang Ahli Jawatankuasa masjid yang berusia 60 tahun, membuat laporan polis berhubung dengan kes ini pada sekitar jam 9.07 pagi, semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Berdasarkan laporan yang diterima, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.15 pagi semasa pengadu dan isterinya tiba di masjid dan mereka mendapati terdapat tulisan ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’.

“Tulisan tersebut disembur menggunakan cat merah pada tembok pintu masuk utama masjid tersebut.

“Tiada individu lain di sekitar kawasan masjid tersebut kecuali pengadu dan isteri,” kata Yahaya Hassan ketika dihubungi wartawan Bernama seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam pada itu, Yahaya juga menjelaskan bahawa pengadu yang juga muazin (bilal) di masjid berkenaan akan memasang alunan bacaan ayat suci al-Quran lebih kurang 10 minit sebelum beliau melaungkan azan waktu solat subuh, setiap hari.

Setakat ini, individu yang menconteng tembok dengan ayat yang berbaur amaran supaya pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara di masjid masih lagi kekal misteri.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukumana maksimum dua tahun penjara serta denda atau kedua-duanya sekali.

Tersilap simbah cat merah, lelaki ini kongsi pengalaman jadi rumah sasaran ah long. Baca lagi menerusi klik pada pautan di bawah.

‘Tersilap’ Simbah Cat Merah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Rumah Sasaran Ah Long

“Dia Patut Dibaling Dan Dihina” – Orang Ramai ‘Sokong’ Patung Francis Light Disimbah Cat Merah

Dua Cawangan Disimbah Cat Merah, Xing Fu Tang Malaysia Tidak Akan Tunduk Kepada ‘Pembuli’

Sumber