Kecoh baru-baru ini apabila pihak polis mendedahkan menerima laporan berkaitan sebuah video berunsur provokasi melibatkan rakaman video lagu Neragaku yang dinyanyikan beberapa individu sambil bendera Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera Israel.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan itu jam 11.20 malam kelmarin daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan melihat rakaman video berdurasi 47 saat berkenaan menerusi WhatsApp Group.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan individu tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak polis juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform.

Difahamkan rakaman video itu dipercayai diambil semasa lawatan kumpulan individu berkenaan ke Laut Galilee yang terletak di dalam kawasan jajahan Israel.

Berdasarkan semakan di laman TikTok, situasi seperti ini turut berlaku pada tahun 2020 melibatkan bendera negara Indonesia dan Israel di mana lagu kebangsaan Indonesia turut dinyanyikan sewaktu bendera berkibar.

Sumber