Tindakan sepuluh individu merentas daerah untuk menghadiri pesta air ketum di salah sebuah pangsapuri yang disewa oleh mereka akhirnya membawa padah apabila aktiviti mereka berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka termasuk dua wanita ditahan dalam Op Pematuhan Covid-19 dan Op Limau, awal pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkata kepada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata mereka mendapat laporan mengenai kegiatan terbabit dan menyerbu pangsapuri di Lebuh Kampung Benggali pada jam 1.10 pagi.

Dia menambah bahawa ketika serbuan, didapati 10 individu berusia diantara 21 hingga 31 tahun berada di pangsapuri terbabit. Pihak polis turut menemui enam bungkusan plastik yang disyaki air ketum.

Pihak polis turut menyatakan bahawa kebanyakan daripada mereka adalah dari Seberang Perai yang merentas daerah untuk berkumpul di pangsapuri yang disewa pada harga RM150 sehari.

Untuk rekod, 10 individu terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 4(1) dan 10(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berhimpun untuk aktiviti sosial dan rentas daerah.

Terdahulu, sebuah restoran di Kelantan menjual ‘Ketum Float’ pada harga RM3.00. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tarikan Terbaharu Di Kelantan, Restoran Ini Jual ‘Ketum Float’ Dengan Harga RM3.00

Bukan Untuk Tular, Guru Dedah Video ‘Bapa Saya Masak Ketum’ Hanya Dihantar Kepada Ibu

Kartel Ketum Malaysia Untung Besar Di Thailand