Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah menyerah kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, lapor Awani.

Selain itu, disebabkan semua suspek melanggar prosedur operasi standard (SOP), cadangan tambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 turut dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak polis telah menahan reman selama dua hari seramai empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun pada hari kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tambah pihak polis lagi, dua lelaki berusia 38 tahun dan 56 tahun ditahan pada jam 8.30 malam, Rabu. Pada 1.30 pagi Khamis, polis telah mengepung kawasan tokong untuk membuat tangkapan. Namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada polis.

“Kita telah menahan seramai 12 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 84 tahun, namun kita membebaskan dua suspek dengan jaminan polis atas faktor usia,” kata Muhammad Idzham sambil menambah kesemua 24 individu yang ditahan adalah mereka yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan sekumpulan orang menyerang anggota penguatkuasa. Muhammad Idzam dalam kenyataannya pada Selasa menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut. Operasi yang dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bukanlah untuk merobohkan tokong sebaliknya mahu membina pagar penghadang bagi pembinaan jalan untuk laluan ke sekolah di Jalan Sungai Besi.

Kejadian yang berlaku di Indonesia, di mana penduduk kampung kejar dan pukul ketua kampung selepas dilarang solat Aidilfitri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penduduk Kejar Dan Pukul Ketua Kampung Selepas Dilarang Solat Aidilfitri Secara Berjemaah