Pada awal pagi tadi pihak polis telah menahan dua orang marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong yang tular pada hari minggu baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang telah ditahan pada pukul 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill, Lukut.

“Turut dirampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam.

“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” terangnya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Tambah Aidi Sham lagi, pihak polis juga dalam usaha mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai marshal. Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Hari minggu lalu netizen mengecam tindakan seorang marshal yang mengganggu laluan trafik bagi memudahkan perjalanan geng motosikal berkuasa tinggi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lagak Seperti Polis Trafik, Marshal Geng Motosikal Kuasa Tinggi Dicari Pihak Berkuasa

Netizen Geleng Kepala Lihat Pemandu Wira Jadi ‘Escort’ Tidak Diundang Jentera Bomba

Geram Toyota Hilux Ikut Belakang, Ambulans Buat ‘Pengumuman’ Minta Polis Tahan Pemandu

Sumber