Pada awal minggu ini seorang pengguna TikTok mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh ‘sindiket penculikan kanak-kanak’ terdiri daripada sekumpulan wanita warga asing di taman tema Genting Highlands. Polis Bentong menyatakan pihak keselamatan Genting Hinglands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular itu.

Terbaharu, polis menahan dua wanita warganegara asing yang dikatakan terlibat dalam kes cubaan culik seorang kanak-kanak di Genting Highlands yang tular dalam media sosial di sini baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Polis telah membuka kertas siasatan kes tular di media sosial bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands Bentong.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda,” kata Superintendan Zaiham.

@alfitry_azmi52

Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak genting@Maz 🌻

♬ original sound – alfitryazmi52 – Alfitry Textures Boutique

Terdahulu pemilik akaun TikTok @alfitry_azmi52 menyatakan sewaktu dia membawa stafnya bercuti di taman tema itu, ada sekumpulan wanita menghampiri salah seorang isteri pekerjanya dan cuba menyorokkan anak mereka di dalam kain panjang yang dipakai di kepala oleh seorang wanita warga warganegara asing terbabit.

Sejurus insiden itu berlaku mereka segera memanggil polis dari bahagian kasino yang bertugas untuk mendapatkan pertolongan bagi siasatan lanjut secara profesional.

Dalam satu video yang lain pula, pemilik akaun TikTok tersebut meminta agar orang ramai sentiasa berjaga-jaga dan memantau keselamatan anak-anak kecil semasa berada di tempat awam.

Setakat artikel ini ditulis, video TikTok asal insiden tersebut telah mendapat lebih 4.5 juta tontonan dan hampir 7,000 komen daripada pengguna TikTok yang lain.