Seorang ‘instafamous’ yang dikenali sebagai ‘Cik Lala’ telah ditahan dan direman sejak semalam berhubung anjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City di sini, Jumaat lepas yang menghidangkan penonton dengan tarian separuh bogel dari sekumpulan lelaki berwatakan wanita serta letupan bungai api di majlis berkenaan, lapor Awani.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata penahanan pensohor Instagram tersebut adalah untuk membantu membantu siasatan selepas tular beberapa rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok berkenaan kejadian terbabit yang didakwa berlaku pada 27 Mei sekitar pukul 8 malam hingga 11.30 malam di sebuah unit di Centralwalk I-City, di sini.

Tambah polis lagi, mereka menerima aduan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City yang telah tampil membuat laporan polis pada 28 Mei setelah menerima pesanan Whatsapp mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.

Hasil siasatan mendapati, penganjur telah menyewa lokasi tersebut dengan bayaran sebanyak RM4,000 bagi penganjuran majlis terbabit.

Mohd Iqbal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Insp Nur Syuhada di talian 017-6942736.

Instagram ini dedahkan instafamous dan selebriti yang menggayakan barang ‘fake’. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Instagram Ini Dedahkan Instafamous Dan Selebriti Yang Menggayakan Barang ‘Fake’

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun

Instafamous Ditangkap, Didakwa Hidup Mewah Kerana Hasil Samun