Seperti cerita dalam drama petang-petang apabila seorang anak lelaki yang tidak beperikemanusian dan tidak menghargai jasa orang tuanya sanggup memukul ibu bapanya. Kedua orang tua yang sudah menghabiskan sebahagian hidup mereka untuk membesarkan anaknya dipukul hanya kerana suatu perkara yang tidak bermanfaat, iaitu dadah.

Realiti inilah yang berlaku dalam video berdurasi 30 saat yang menunjukkan seorang lelaki memarahi ibu bapanya yang kelihatan sudah tidak berdaya tersembam di muka tanah memohon belas kasihannya. Lelaki yang kelihatan berang, lalu menendang belakang bapanya dengan sekuat hati sebelum keluar dari rumah. Beberapa jiran menyaksikan kejadian itu tetapi terlalu takut untuk bertindak atau campur tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan berita media tempatan, difahamkan bahawa kejadian itu berlaku di Kampung Ruat, Yan. Ia telah dirakam oleh seorang saksi, dipercayai jiran mangsa sebelum ia tular di media sosial. Kejadian ini telah mendapat perhatian warganet yang tidak berpuas hati dengan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa yang juga bapa tiri suspek telah membuat laporan polis berikutan kejadian 8.30 pagi itu. Melalui siasatan polis, suspek berusia 30 tahun itu cacat mental akibat masalah penagihan dadah dan telah bertindak menyerang mangsa kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

“Suspek mengamuk selepas bapa tirinya enggan memberi wang untuk membeli dadah. Lelaki itu seorang pecandu tegar dan dia sering menyerang bapa tirinya, setiap kali mangsa enggan memberinya wang untuk membeli dadahnya,” kata Shahnaz dalam satu kenyataan.

Mangsa telah pun dibawa ke Hospital Yan untuk dirawat selepas cedera di belakang, dada dan muka. Manakala lelaki itu pula ditahan pada kira-kira jam 6.45 petang hari ini di Lubuk Boidi. Melalui semakan, polis mengesahkan bahawa dia merupakan pesakit kurang upaya mental yang telah berdaftar.

Pecah rekod rampasan terbesar, rakyat Malaysia ditahan bawa dadah bernilai RM431 juta di Australia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut.

Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Bernilai RM431 Juta Di Australia

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Hampir Gila Kerana Dadah, Ini Yang Telah Berlaku Kepada Adik Saya