Seorang lelaki dari Bangladesh yang berkahwin sebanyak 60 kali telah ditahan polis atas kesalahan memalsukan dokumen diri dan mencuri wang dari bapa mertuanya yang ke 60.

Abu Baker, 45 tahun berkahwin buat pertama kali pada usia 20 tahun dan telah berkahwin sebanyak 60 kali sejak itu dengan menggunakan dokumen palsu bagi membuktikan dirinya sebagai seorang bujang atau duda, lapor Dhaka Tribune.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Menggunakan nama samaran, Shaheem Alam, temberangnya akhir sampai ke penghujungnya selepas isterinya yang ke-60, Rosy Khan menfailkan kes tersebut kepada polis Purbadhala.

Khan melaporkan kepada polis bahawa Baker telah mencuri wang bapa mertuanya sebanyak RM3,934 sebelum melarikan diri.

Menurut siasatan polis, walaupun dia berkahwin sebanyak 60 kali. Baker hanya mempunyai 7 anak dan wang adalah punca utama mengapa beliau mengahwini ramai wanita.

Baker tidak pernah menggunakan alamat sebenar dalam dokumen palsu tersebut, kata laporan itu.

Di kediamannya yang sebenar, dia dikenali sebagai “Guru Baker.” Dia tinggal bersama isterinya yang pertama, Sazeda Begum (yang dia berkahwin pada usia 20 tahun), dua isteri dan tujuh anaknya yang lain.

Anda Mungkin Suka