Tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan dengan melakukan kegiatan jenayah, sekitar petang semalam, tular satu perkongsian video yang memaparkan kegiatan sekumpulan lelaki Melayu yang menyamun seorang pemandu lelaki berbangsa Cina.

Difahamkan, mangsa pada ketika itu bersama sepupunya dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Klang. Semasa dalam perjalanan, kereta mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat orang lelaki (suspek).

Suspek kemudian keluar dari keretanya dan bertindak untuk memecahkan cermin kereta mangsa. Menerusi video kejadian, cermin kereta mangsa berjaya dipecahkan suspek dengan menggunakan kayu pemukul. Mangsa dipercayai ditarik keluar dari keretanya dan dipukul dengan kayu oleh suspek. Semasa kejadian, telefon bimbit milik sepupu mangsa turut dirampas.

Video berkenaan kemudiannya tular dan satu laporan polis telah diadukan kepada pihak Polis Daerah Klang Selatan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 4.30 petang seperti dipetik menerusi siaran media berhubung kes ini.

Ulas lebih lanjut, Shamsul Amar menjelaskan bahawa kesemua suspek yang berumur 23 hingga 35 tahun itu berjaya diberkas pada hari yang sama menerusi operasi penangkapan yang dilakukan bermula pada jam 7 petang hingga 11 malam. Berdasarkan ujian awal saringan air kencing, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kes ini disiasat mengikut seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Restoran ‘plastik hitam’ yang popular dalam sebuah drama diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

Berang Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, ‘Pak Lebai’ Ini Bertindak Ugut Dan Cekik Pekerja Kedai

Selamba Promosi Perjudian Sempena Aidilfitri, Iklan Syarikat Judi Ini Buat Netizen Bengang

Sumber