Semalam, seorang peniaga bingung selepas menerima surat saman daripada polis yang melanggarnya. Adik peniaga itu menerusi akaun Twitter itslyzaa_ berkongsi gambar kedua-dua kenderaan yang mengalami kerosakan pada bahagian belakang (Ford Ranger) dan hadapan (van polis), berserta surat saman yang diterimanya.
Polis langgar belakang kereta abang i. Abang i ada record dashcam kalau nak bukti kukuh. Nak claim insurans polis tak boleh. So abang i claim insurance sendiri. Now polis saman pula abang i? Memang undang2 jalanraya kalau polis langgar orang awam yang kene saman ke? @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/tcuKaJJEaV
— lizzy (@hiilizzy) August 25, 2022
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Bin Mohd Yusoff telah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan isu tular tersebut. Dalam kenyataan itu, pihak mereka mengesahkan kejadian berlaku pada 20/6/22 di mana Bilik Gerakan IPD Temerloh telah menerima satu makluman mengenai satu kamalangan jalan raya di KM 16 Jalan jerantut-Temerloh.
“Hasil siasatan telah dikemukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Arahan lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya adalah untuk mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan orang awam tersebut atas kesalahan menghalang lalulintas di bawah kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.
“Pada 25/8/22, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Temerloh telah mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan awam tersebut sebagaimana arahan oleh Timbalan Pendakwa Raya,” terang Mohd Azhar dalam kenyataan tersebut.
Pemandu van polis telah diambil tindakan kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. PDRM juga akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pengawai penyiasat jika terdapat unsur-unsur kecuaian dalam siasatan.
Mengakhiri kenyataan media tersebut, Pihak PDRM mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan berharap dengan penerangan ini, tiada lagi spekulasi terhadap tindakan PDRM dalam menjalankan tugas. Pihak polis turut menasihati orang awam sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.
Ini apa yang anda perlu buat sekiranya terlibat dalam kemalangan. Baca pada pautan di bawah.
16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan
Polis Geleng Kepala Sebelum Kejar Penunggang Motosikal Langgar Lampu Merah