Pada minggu lalu, pendakwah selebriti telah ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam. Mulanya, kes ini menjadi perhatian umum apabila pengguna Twitter mendedahkan kelakuan pendakwah tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun semalam mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.

Lantaran itu, pendakwah selebriti itu telah ditahan semula. Kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu dimana mangsa yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

Mangsa mendakwa telah dicabul dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral. Berikutan kejadian itu mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek yang masih ditahan reman bersabit laporan kes rogol yang diterima Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam akan berakhir esok.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis menerima 6 laporan terbaru mangsa  lain dan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata pihak polis akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menyambung reman pendakwah tersebut.

Siasatan akan dijalankan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, seksyen 354 kerana mencabul, sekseyn 377C iaitu melakukan seks luar dan seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

Bagi anda yang terlepas akan berita ‘panas’ ini, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Muncul Dakwaan Merogol Gadis, Pendakwah Selebriti Telah Ditahan Polis Semalam

Terkena Tempias Dakwaan Rogol Gadis, Bapa Da’i Syed Mahu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Pernah Didakwa Atas Cubaan Rogol, YouTuber Korea Mengaku Guna Islam Untuk Raih Populariti

Sumber