Bella Ciao, lagu protes rakyat Itali yang berasal dari kesulitan hidup para wanita mondina. Mereka adalah pekerja sawah pada akhir abad ke-19 yang menyanyikan lagu ini bagi menyatakan protes ke atas suasana kerja di sawah sekitar Itali Utara pada zaman tersebut.

Terbaharu, beredar satu video lagu Bella Ciao dipasang di beberapa menara masjid di Kota Izmir, Turki. Ia dipasang secara serentak pada hari Rabu, 20 Mei 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik dari media di Turki, Pengarah Agama Kota Izmir mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian ‘luar biasa’ ini. Mereka mendakwa bahawa wujud sabotaj oleh individu yang tidak dikenali.

Situasi terkejut terjadi pada orang ramai ketika mendengar lagu itu dikumandangkan dari menara masjid dan bukannya azan. Ada yang merakam kejadian tersebut dan berkongsi di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=7qQlmTzCTx4&feature=emb_title

Satu laman web telah dibina oleh sumbangan pengguna, mereka malah membuka penyertaan untuk kejadian ini dengan nama “Siar Bella Ciao di masjid-masjid di İzmir pada 20 Mei 2020.”

Pengarah Agama Kota İzmir sendiri pada awalnya menolak laporan tersebut di laman media sosialnya. Tetapi kenyataan tersebut telah dipadam.

Mereka mengeluarkan kenyataan kedua yang mengatakan, “Menurut analisis awal kami, orang yang tidak dikenali telah sabotaj pusat sistem panggilan azan kami.” Mereka juga menyatakan bahawa siasatan telah dilakukan oleh pihak polis  berkaitan dengan kejadian tersebut.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Jemaah Islam Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Berkeras Mahu Tunaikan Solat Jumaat

Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Untuk Solat Berjemaah Bermula Esok

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19