Kita sering kali melihat anak-anak muda mencari rezeki di merata-rata persimpangan lampu isyarat sekitar kawasan bandar dan luar bandar. Walaupun usaha mereka itu baik tetapi kesan kemudaratannya jauh lebih besar kepada ramai pihak.

Pada hari Sabtu lalu, seorang pengguna TikTok telah merakam keadaan seorang penjual buah potong terbaring dirempuh oleh seorang penunggang motosikal. Lokasi kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Petronas Kota Kecil, Kota Tinggi, Johor.

vocket-penjual-buah-kena-langgar
Sumber Gambar: Penang Netizen

Ekoran kejadian kemalangan yang berlaku, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kota Tinggi diketuai oleh Insp. Hafizi (Insp. Penguatkuasa) bersama (4) anggota telah menjalankan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Kota Tinggi.

Tujuan utama operasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dan memberi nasihat terhadap penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat di sekitar kawasan Bandar Kota Tinggi.

Ramai netizen menyokong tindakan pihak polis menegur dan menasihati penjaja jalanan tentang kesan bahayanya aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat kepada diri mereka dan pengguna kenderaan di jalan tersebut.

Ada juga netizen meminta pihak polis mengenakan tindakan tegas terhadap majikan yang menggunakan modus operandi jualan jalanan ini kerana mengetepikan aspek keselamatan pekerja mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

vocket-penjual-buah-kena-langgar-6

vocket-penjual-buah-kena-langgar-3

vocket-penjual-buah-kena-langgar-5

Perbuatan berniaga di jalan terutamanya di persimpangan lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas. Jika disabitkan kesalahan, tindakan boleh diambil terhadap penjual di bawah kesalahan Rule 10A (1) LN 166/59 dan juga terhadap pembeli dibawah kesalahan Rule 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 2000.00.

Polis akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan ‘tayar kangkang’.

Denda Sehingga RM2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan, Jika Masih Berdegil Guna Tayar ‘Kangkang’

Gara-Gara Buang ‘Parcel’ Di Kawasan Larangan, Lelaki Ini Didenda Oleh Pihak Berkuasa

Sumber