Sejak 30 Januari baru-baru ini, seramai 403,637 calon sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sehinggalah 15 Mac nanti, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Seorang pengguna TikTok @dakwanhaojie berkongsi rakaman pendek sebuah kereta peronda polis telah tutup laluan sementara menunggu sebuah lori kontena keluar dari kawasan perkarangan sekolah.

Baca Juga:

Ramai yang tertanya-tanya apakah ‘muatan berharga’ sehingga pihak polis perlu menjadi juruiring sehingga menutup jalan untuk memberi laluan kepada lori kontena tersebut.

@dakwanhaojie

jangan nekan2 haa pelan2 jaga 🚨

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menurut komen-komen yang dikongsikan warganet, mereka memberitahu lori itu membawa kontena yang berisi kertas-kertas SPM pelajar sekolah tersebut.

Menurut netizen mereka turut ternampak lori kontena diiring beberapa kenderaan polis, mereka sangkakan dalam kontena itu mempunyai wang. Setelah menonton video itu barulah tahu rupanya ia berisi dengan kertas-kertas SPM.

Sumber Gambar: TikTok @dakwanhaojie
Sumber Gambar: TikTok @dakwanhaojie
Sumber Gambar: TikTok @dakwanhaojie
Sumber Gambar: TikTok @dakwanhaojie
Sumber Gambar: TikTok @dakwanhaojie

Selain teruja mengetahui apa yang ada di dalam kontena itu, netizen juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya dan diberikan ketenangan sepanjang mereka menghadapi ujian peperiksaan itu.