Dalam operasi bersepadu ‘Ops Rumah Pekerja’, pekerja kilang pengeluar telur ayam di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka didapati terpaksa tidur beralaskan papan dan tinggal dalam ‘pondok’ buruk.

Menurut laporan, operasi bersepadu oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka membongkar tindakan majikan yang tidak berperikemanusian kerana tidak menyediakan tempat tinggal dengan kemudahan sewajarnya kepada pekerjanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain tidur beralaskan papan dan memasak dalam bilik kecil, para pekerja tersebut turut tidur tanpa kemudahan lampu serta kipas.  Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sam berasa kecewa melihat keadaan itu dan majikan tersebut telah diberikan amaran serta peringatan ketika penguatkuasa JTK turun padang sekitar Februari lalu.

Tambahnya, kawasan penginapan juga kotor dan menjijikkan dimana bilik air dalam keadaan daif dipercayai terpaksa dikongsi kira-kira 27 pekerja warga asing lebih 10 tahun lalu.

Malah, 2 pekerja kilang juga didapati tinggal di sebuah pondok kecil dengan tempat tidur yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan serta gagal menyediakan almari baju untuk pekerja.

Menurutnya, alasan majikan telah menyediakan penginapan baharu namun belum memindahkan pekerja tidak masuk akal kerana telah diberi tempoh beberapa bulan untuk membuat perubahan.

Oleh itu, majikan didakwa melanggar peraturan di bawah Seksyen, 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) kerana tiada perakuan penginapan serta majikan belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Selamba Curi Kasut Berbulan-Bulan Di Putrajaya, Pencuri Ini Tidak Sedar Kelibatnya Dirakam CCTV

Angkara Berebut Teman Wanita, Restoran Mamak Di Klang Musnah Selepas Jadi Tempat Pergaduhan

Sumber