Lagu ‘Sikok Bagi Duo’ kini menjadi trend di TikTok dan ramai pengguna TikTok menari menggunakan remix lagu tersebut dengan gembira lalu kongsikan di sosial media.

Tahukah anda siapa penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ini? Untuk pengetahuan anda, penyanyi lagu ini adalah seorang wanita bernama Meli Dedi berasal dari Lubuklinggau, Indonesia.

https://www.tiktok.com/@lagumalaysiaindonesia/video/7129059749466737947?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

@azzamsham

Jangan buang sampah merata-rata ya… ghisauu !! #sikokbagiduo #trend @Sheryl Shazwanie

♬ Sikok Bagi Duo – Dodi Ferdieansyah

https://www.tiktok.com/@nrfrraah/video/7128257700869213467?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menurut laporan, Meli Dedi dan rakan-rakannya dijemput untuk menari sambil menyanyikan lagu Sikok Bagi Duo dengan iringan DJ. Lagu ini sebenarnya membawa makna tentang kerjasama dan sokongan untuk seseorang atau kumpulan.

Jika diterjemahkan lirik lagu ini iaitu “sikok untuk duo, jangan naik jugo weto tekan samo-samo. Sikok buat duo, jangan naik telan galo-galo. Sikok untuk duo, jangan naik, jom tekan samo-samo.”, ia bermaksud jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah kita usahakan bersama.

Pada awal kemunculan trend lagu ini di TikTok, ramai orang tertanya-tanya apakah maksud lagu tersebut dan lagu ini diterima baik oleh pengguna TikTok kerana muziknya yang ‘catchy’.

Sedikit maklumat tentang Meli Dedi ini, selain daripada menjadi suri rumah, Meli juga bekerja sebagai pengacara majlis. Siapa sangka Meli yang secara spontan menyanyikan lagu ‘Sikok Bagi Duo’ ini ketika mengacarakan majlis kini mencipta fenomena di TikTok.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Dakwa Hasil ‘Kerja’ Keras, Lelaki Bangga Tayang Duit Rompakan RM4.5 Juta Dicekup Polis

Buat Kejutan Tanggung 120 Staf Pakej Umrah, Usaha Hafiz Mahamad Ini Buat Netizen Bangga