Elon Musk yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan mengelak untuk dipanggil menjadi saksi telah mengemukakan pendapatnya di Twitter mengenai perbicaraan di antara Johnny Depp dan Amber Heard yang sedang berlangsung kini, lapor Lad Bible.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX dan Tesla dikaitkan dengan Heard selepas wanita itu berpisah dengan Depp. Walaupun tiada laporan yang menyebut sejak bila mereka berdua menjalinkan hubungan, namun Musk dan Heard dipercayai telah bersama kira-kira setahun, sehingga Ogos 2017.

Sebelum ini Musk dan James Franco mulanya dikatakan bakal menjadi saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan yang menjadi tarikan ramai orang, bagaimanapun kedua-duanya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes terbabit.

Kini, ketika membalas salah satu ciapan daripada hos podcast dan saintis MIT, Lex Fridman, yang berkongsi pendapatnya di Twitter, lelaki terkaya di dunia itu berkongsi beberapa pendapat tentang kes tersebut.

Fridman berkata, “Pendapat saya dengan perbicaraan Johnny Depp vs Amber Heard:

“1. Populariti adalah satu ketagihan yang buruk (bagi sesetengah orang).

“2. Pakar psikiatri & peguam datang dalam tahap kemahiran yang berbeza-beza secara drastik.

“3. Berbohong kepada berjuta-juta orang adalah sesuatu yang manusia mampu lakukan.

Berbeza dengan ciapannya yang sebelum ini dilihat suka bergurau, Musk bagaimanapun memberi reaksi berbeza: “Saya harap mereka berdua meneruskan hidup [masing-masing]. Pada tahap terbaik, mereka masing-masing luar biasa.”

Semasa perbicaraan ini berlangsung, Heard berkata dia mula bertemu dengan Musk di Met Gala. Bintang Aquaman itu memberitahu mahkamah Virginia bahawa dia menghadiri Met Gala pada 2016 dan mula berbual dengan jutawan teknologi itu. Dia mendakwa Depp tidak berhubung dengannya pada masa itu.

Heard berkata bahawa dia pergi sendiri ke Met Gala tersebut dan duduk bersebelahan dengan kerusi kosong yang telah disediakan untuk Depp. Di sana dia bertemu dengan Musk dan mula bercakap.

“Saya tidak mengenali [Musk] sehingga kami mula bercakap dan dia mengingatkan saya bahawa kami pernah bertemu sebelum ini,” jelasnya.

“Beliau kelihatan seperti seorang lelaki sejati. Dia benar-benar baik. Dia duduk di meja berdekatan dan kami bercakap pada malam itu dan akhirnya menjadi kawan.”

Musk berkata tiada apa-apa romantis yang berlaku antara mereka pada malam itu, menurut laporan lain, mereka kekal berkawan sehingga perceraian Heard dengan Depp dan perceraian Musk dengan isterinya ketika itu Talulah Riley pada 2016.

Rakaman audio adalah bukti Johnny Depp jadi mangsa keganasan Amber Heard. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Akhirnya Dedah Sisi Sebenar Amber Heard

Johnny Depp Enggan Berlakon Pirates Of The Caribbean Lagi Walaupun Ditawarkan RM1.2 Bilion