Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia akan meluaskan lagi penguasaan jenama ini ke selatan tanah air dengan pembukaan Porsche Centre baharu di Johor Bahru.

Anggaran pelaburan yang dijangka mencecah sehingga RM48 juta, Porsche Centre Johor Bahru akan menjadi bangunan yang mempunyai keluasan seluas 58,311 kaki persegi di atas tanah seluas 74,052 kaki persegi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pusat yang tercanggih itu merupakan satu lagi penambahan penting kepada pembangunan jenama Porsche di Malaysia selepas pelancaran Porsche Centre di Pulau Pinang. Kerja-kerja pembinaan dijangka bakal bermula pada akhir tahun ini dan operasi pula dijangka bakal bermula pada suka pertama tahun 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SDAP, Christopher Hunter, semenjak 2010 pihak mereka menjadi pengimport rasmi kenderaan Porsche dan mereka melihat Porsche mempunyai potensi besar di pasaran selatan.

Christopher meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada potensi jangka panjang untuk Porsche di Malaysia dan pelaburan terbaru ini akan menaikkan lagi pengaruh jenama Porsche di selatan tanah air.

Pusat pameran Porsche Centre bertaraf 4S itu akan dilengkapi dengan pusat jualan, bengkel servis, pusat alat ganti serta pusat badan dan cat yang berteknologi tinggi. Pusat pameran tersebut juga dibantu oleh para pekerja yang mahir dan professional bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Porsche AG.

Ianya nyata satu langkah yang baik kerana pelanggan dari Singapura juga boleh singgah ke Porsche Centre Johor Bahru untuk servis kereta Porsche kesayangan. Buat masa ini, pemilik Porsche di Johor perlu menunggu dua tahun lagi untuk pusat sehenti ini siap sepenuhnya.

Sumber