Huawei kembali lagi dengan kolaborasi bersama Porsche Design melalui model Huawei Mate RS. Model yang diperkenalkan pada aturcara Huawei P20 ini telah merupakan model terbaru melalui kolaborasi diantara kedua jenama ini.

Sekali pandang jelas model ini dilihat sangat premium. Skrin infinity display beserta jenama Porsche Design di bahagian hadapan antara yang membuatkan model ini tampil eksklusif.

Huawei Mate RS turut menawarkan spesifikasi yang terbaik buat pengguna. Processor Kirin 970 dan 6 GB RAM beserta storan 256 GB antara yang disertakan.

Porsche-Design-Huawei-Mate-RS1-imp

144062-phones-review-hands-on-porsche-design-huawei-mate-rs-image15-u9nmt6izqb

IMG_20180411_133840-1220×915

Pada bahagian belakang, Huawei Mate RS hadir denga tiga kamera dengan lensa berbeza. Kamera 40-megapixel, 20-megapixel dan 8-megapixel antara yang disertakan. Penawaran bateri 4000mAh sekaligus membolehkan Huawei Mate RS bertahan sepanjang hari tanpa sebarang masalah.

Buat anda yang ingin menjadi yang terawal mendapatkan smartphone premium dengan sentuhan Porsche Design yang disertakan degan kamera 40-megapixel serta teknologi fingerprint diatas skrin, anda boleh mendapatkan Huawei Mate RS yang ditawarkan di Lazada dengan klik di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤