Setelah beberapa gambar spyshot tersebar diseluruh dunia pada beberapa bulan yang lalu, akhirnya Porsche memperkenalkan generasi baru model 992 GT3. Model terbaru ini nampak lebih mirip kepada sebuah ‘kereta litar’ berbanding model sebelum ini.

Kereta ini merupakan pesaing rapat kepada model sportcar yang lain seperti Mclaren 600LT dan Mercedes AMG GT-R Pro. Sekiranya ketiga-tiga model ini berlumba di dalam litar yang sama, agak sukar untuk menjangkakan kereta manakah yang akan sampai garisan penamat terlebih dahulu.

Reka bentuk

vocket-992-Porsche-911-GT3-7

Sumber Gambar: Porsche

vocket-992-Porsche-911-GT3-8

Sumber Gambar: Porsche

Perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah penggunaan spoiler berbentuk ‘leher-itik’ untuk meningkatkan kecekapan dan downforce kereta semasa memecut dalam kelajuan tinggi.

Pada bahagian hadapan pula terdapat dua lubang pada atas bonet kereta yang digunakan seperti model kereta Lamborghini SVJ untuk menerima udara dalam kuantiti yang besar. Secara keseluruhannya badan model 992 GT3 ini tidak mempunya perbezaan yang ketara berbanding model 991 GT3.

Enjin dan transmisi

vocket-992-Porsche-911-GT3-9

Sumber Gambar: Porsche

Walaupun sudah banyak kereta sportcar lain menggunakan enjin turbocharged atau supercharged, Porsche masih menggunakan enjin enam silinder 4.0 liter NA untuk mengekalkan legasi model terdahulu.

Porsche menawarkan dua jenis transmisi kepada pelanggan samada PDK tujuh-kelajuan atau manual enam-kelajuan. Apa perbezaannya? Model yang menggunakan PDK tujuh-kelajuan mampu memecut 0-100km/j dalam masa 3.3 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 318km/j.

Manakala model yang menggunakan transmisi manual pula dapat mencapai kelajuan maksimum 320km/j tetapi hanya mampu memecut 0-100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.

Ruangan kabin dalam kereta

vocket-992-Porsche-911-GT3-3

Sumber Gambar: Porsche

vocket-992-Porsche-911-GT3-4

Sumber Gambar: Porsche

Porsche mengekalkan reka bentuk dalaman mirip seperti penggunaan sebuah kereta litar sebenar. Tempat duduk dibalut dengan alcantara, skrin digital yang boleh diset untuk tunjuk perkara penting kepada pemandu seperti tekanan minyak, tekanan angin, suhu air dan lain-lain lagi.

Pembeli juga boleh mendapatkan beberapa pilihan tambahan lain seperti tempat duduk kerangka karbon, roll cage belakang, tali pinggang lumba six-point, pemadam api dan suis mematikan kuasa bateri.

Harga dan tarikh pelancaran

vocket-992-Porsche-911-GT3-5

Sumber Gambar: Porsche

Pada laman web rasmi Porsche menunjukkan harga asas bermula dari EUR167,518 (RM821,372). Harga tersebut tidak termasuk kos-kos konfigurasi yang lain. Manakala tarikh pelancaran pula dijangkakan akan berlangsung sekitar tahun 2021 ini.

Sekiranya anda mahu cuba membina kereta idaman Porsche 992 GT3, anda boleh menggunakan platform konfigurasi yang telah disediakan di sini.

Pada awal bulan Februari lalu, ada desas-desus menyatakan Porsche berminat mahu membuka operasi di Kulim, Kedah.

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Bekas Naib Presiden Porsche Chassis Sertai Projek Apple Car

Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial

Anda Mungkin Suka