Sejak Tesla memperkenalkan kereta elektrik dengan penawaran kuasa yang tinggi, jenama kereta lain seolah dijemput untuk turut menghasilkan kereta elektrik. Penjimatan serta mengelakkan daripada pencemaran antara yang membuatkan inisiatif ini disambut baik.

Terbaru, jenama dari Jerman iaitu Porsche telah memperkenalkan kereta elektrik berkuasa tinggi mereka melalui model ‘Taycan’. Model yang mula diumumkan sebagai projek konsep ‘Mission E’ berjaya direalisasikan Porsche pada tahun ini dengan membawakan ciri sporty yang sudah sinonim terhadap jenama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
porche-taycan-00
Sumber: Porsche
porche-taycan-01
Sumber: Porsche

Model ini hadir dengan dua variasi berbeza iaitu Taycan Turbo dan Taycan Turbo S. Masing-masing dilengkapi dengan pacuan semua roda dengan pectan 0-100km/h dalam jangka masa 2.6 saat. Top speed bagi model ini mampu mencapai sehingga 259km/h.

Penawaran teknologi fash charging untuk bateri membuatkan kereta ini cuma memerlukan 22.5 minit untuk 80% pengecasan. Pengecasan penuh bagi Porsche Taycan ini membolehkan kereta ini bergerak sejauh 402km.

porche-taycan-02
Sumber: Porsche
porche-taycan-04
Sumber: Porsche
porche-taycan-05
Sumber: Porsche

Porsche Taycan Turbo mula ditawarkan dengan harga $150,900 (RM632,723.70) manakala Taycan Turbo S hadir dengan harga $185,000 (RM775,705.00). Harga yang ditawarkan juga jauh lebih premium berbanding pencabar mereka iaitu Tesla Model S. Mengetahui jenama ini yang sudah dipercayai ramai berdasarkan identitinya, pastinya jenama ini tidak mempunyai masalah menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi seperti model-model mereka sebelum ini.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta dengan kuasa elektrik? Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Nissan GT-R Versi Terbaru Mungkin Hadir Dengan Versi ‘Hybrid’ Atau Elektrik Sepenuhnya

Tonton Porsche 912 Keluaran 1968 Dengan Gabungan Motor Elektrik Tesla

Elenvi Otomotif Bakal Hasilkan Kereta Elektrik Dengan Dana RM5 Bilion