Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berita baik buat peminat watak adiwira daripada komik dan filem terkenal di Malaysia, kerana Pos Malaysia Berhad bakal mengeluarkan setem khas daripada siri komik Marvel, Batman dan Star Wars sepanjang tahun 2019 ini.

Koleksi setem khas ini dijangka akan dikeluarkan dan berada di pasaran pada bulan April ini. Untuk keluaran setem khas daripada siri Marvel ini, pihak Pos Malaysia merancang untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 siri dengan memaparkan karakter terbaik siri Marvel yang diminati ramai seperti Iron Man, Captain America, Spiderman, Hulk serta X-Men.

Pos Malaysia juga akan mengeluarkan koleksi Mickey Mouse 2.0 pada tahun ini. Nantikan sahaja pengeluaran setem-setem terbaru daripada watak kegemaran anda April ini.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

BBS0t4g

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.