Setiap orang mempunyai adiwira kesukaan mereka dan ini adalah satu berita yang bakal membuatkan peminat karakter adiwira Batman teruja. Pos Malaysia Berhad dikhabarkan akan hadir dengan koleksi setem Batman edisi terhad bersempena dengan ulang tahun ke-80 karakter itu.

Wow! Bagi anda yang pengumpul koleksi setem daripada Pos Malaysia Berhad pasti juga tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi yang cukup awesome ini. Terbaharu, Pos Malaysia Berhad berkongsi rekaan salah satu setem daripada koleksi tersebut.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

Difahamkan, terdapat 11 setem yang akan diperkenalkan dalam koleksi edisi terhad kali ini. Malangnya, harga untuk koleksi setem ini masih belum diketahui.

Adakah anda akan menjadi yang terawal memiliki setem-setem ini? Sama-sama kita nantikan koleksi ini dilancarkan.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa koleksi yang pernah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad sebelum ini. 

Pos Malaysia Perkenalkan Koleksi Setem Marvel Edisi Terhad

Pos Malaysia Lancarkan Setem Sempena Bulan Kelahiran Tun Mahathir

Anda Mungkin Suka