Pos Malaysia hadir dengan satu koleksi setem khas bersama Marvel bersempena ulang tahun ke-80 Marvel.

Kolaborasi bersama Walt Disney Southeast Asia ini mengetengahkan karakter-karakter adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, Spiderman, Hulk, Loki dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, koleksi ini tersedia dalam satu set folder lengkap yang terdiri daripada dua keping setem bertebuk, satu setem yang tidak ditebuk, dua keping penutup cenderamata, dua keping kad pos dan satu folder.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk satu set folder adalah berharga RM120 sahaja. Malah, siri setem Marvel ini hanya terhad kepada 10,000 set folder dan mula dijual pada 4 Julai 2019 dengan membuat tempahan awal di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui talian di sini.

Baca lagi: Pos Malaysia Bakal Keluarkan Setem Khas Daripada Marvel April Ini

Sumber