Berbaki kurang lebih empat bulan sahaja lagi sebelum peminat Star Wars dapat menyaksikan saga terakhir filem ini menerusi filem Star Wars: The Rise of Skywalker.

Bersempena dengan acara D23 yang berlangsung baru-baru ini, difahamkan pihak Disney turut memperlihatkan trailer terbaru filem ini yang ditayangkan secara tertutup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan daripada IGN, trailer tersebut menyaksikan Rey memakai jubah berwarna gelap seolah menunjukkan beliau ke arah dark side. Beberapa aksi daripada Kylo Ren dan Finn Boyega turut diperlihatkan.

ecwe_nmu0aaqbms

Selain daripada trailer tertutup, poster terbaru yang ditunjukkan Disney berjaya membuatkan para peminat Star Wars teruja. Pertembungan epik menggunakan light saber diantara Kylo Ren dan Rey ini diserikan lagi dengan wajah seakan Palpatine pada bahagian atas poster. Poster ini secara tidak langsung membuatkan para peminat berteka-teki mengenai plot dan ending filem ini.

Dah tonton trailer rasmi Star Wars: The Mandalorian? Klik artikel dibawah untuk menonton.

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Star Wars: The Mandalorian’