Selepas Dominic Toretto dan rakan sepasukannya berjaya menggagalkan rancangan Cipher sehingga perlu terbang ke ruang angkasa lepas, kini pengembaraan aksi mereka diteruskan dalam filem sekuel terbaharu ‘Fast & Furios 10’ atau ‘Fast X’.

Semua media sosial rasmi The Fast Saga telah berkongsi poster rasmi filem sekuel itu pada awal pagi tadi. Dalam poster itu ada bertulis — ‘The End Of The Road Begins’ — di mana Fast X merupakan filem pertama dari dua bahagian terakhir sebelum francais ini ‘ditamatkan’ kelak. Filem keduanya pula bakal ditayangkan pada 2024 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam filem sekuel kali ini, Dom (Vin Diesel) dan pasukannya bakal mendapatkan ‘bantuan’ untuk menentang Cipher (Charlize Theron) apabila ‘wanita psiko pakar teknologi’ itu telah merekrut Dante, satu lagi seteru misteri yang kuat.

Antara watak-watak yang membarisi satu daripada ‘babak terakhir’ ini adalah Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Tyrese Gibson (Roman Pearce), Chris “Ludacris” Bridges (Tej Parker), Nathalie Emmanuel (Ramsey), Sung Kang (Han Lue), Jordana Brewster (Mia Toretto), Scott Eastwood (Little Nobody), John Cena (Jakob Toretto), Helen Mirren (Magdalene Shaw), Michael Rooker (Buddy) dan Leo Abelo Perry (anak Dom, anak tiri Letty, Brian Marcos Toretto).

Selain Jason Mamoa yang membawa watak Dante, antara pelakon-pelakon baharu yang bakal mengejutkan para penonton filem francais ‘Fast & Furious’ ini nanti, Rita Moreno (nenek kepada Dom, Mia dan Jakob), Brie Larson, Daniela Melchior dan Alan Ritchson.

Filem yang menelan belanja USD340 juta ini bakal ditayangkan di pawagan bermula 19 Mei di Amerika Syarikat, manakala trailer rasmi pertama akan dikongsikan pada 10 Februari akan datang serentak seluruh dunia.