Pastinya ramai sudah mengetahui kemasukan platform penstriman Disney+ Hotstar khusus untuk hiburan di Malaysia bermula 1 Jun 2021 telah diumumkan sendiri pihak Disney.

Lantaran itu, para pelanggan Disney+ Hotstar dapat menonton pelbagai jenis filem di platform penstriman tersebut. Terbaharu, Hairul Azreen telah berkongsi sebuah poster filem pertama arahannya di Instagram miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Hairul, filem Ada Hantu tersebut akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada pertengahan bulan Ogos ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik apabila filem tempatan cukup ‘berkualiti’ untuk ditayangkan di platform seperti ini.

Akan tetapi, poster yang dimuatnaik oleh Hairul Azreen mendapat kritikan netizen kerana kurang cantik untuk dijadikan bahan promosi bagi menarik penonton menonton filem tersebut.

Malah, para netizen turut mempersoalkan sama ada tidak memiliki bajet untuk mengupah pereka grafik menghasilkan poster yang lebih baik. Untuk pengetahuan anda, poster tersebut direka oleh Hairul Azreen sendiri. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’