Dwayne Johnson a.k.a The Rock memang sangat laku di Hollywood ketika ini dan beliau akan hadir dengan filem terbaru ‘Skyscraper’ yang akan ditayangkan pertengahan tahun ini.

Trailer pertama filem ini dilancarkan semalam dan netizen nampaknya lebih berminat dengan poster filem ini berbanding trailer pertama filem Skyscraper ini. Poster filem ini memperlihatkan The Rock melompat ke arah bangunan di sebelahnya dari sebuah kren.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah seorang pengguna Twitter, James Smythe antara yang memmberi komen terhadap poster ini. Kesalahan utama pada poster ini semestinya keupayaan The Rock melawan hukum fizik. James memberi gambaran yang lebih tepat apa yang sebenarnya akan berlaku terhadap lompatan ini.

https://twitter.com/jpsmythe/status/959561969618620416

Tweet James ini sudah mendapat perkongsian lebih 15 ribu kali. James tidak keseorangan dalam mengecam poster ini dan laman The Mother Of All Nerds turut mengumpul beberapa lagi komen daripada pengguna media sosial.

Filem Hollywood rata-ratanya tidak mengikut hukum fizik tetapi jika dari poster pun sudah ‘menipu’ penonton, memang mengundang kecamanlah jawabnya. Ada yang teruja dengan trailer filem Skyscraper ini?