Hasil kerja infografik dari Pop Chart Lab sentiasa menarik perhatian kami kerana selain cantik dilihat, maklumat yang terkandung di dalamnya mudah difahami bagi orang kebanyakan.

Baru-baru ini mereka telah menghasilkan infografik bertajuk The Schematic of Structures yang mengumpulkan 90 seni bina paling berpengaruh di dunia termasuk yang dibina sejak 4,800 tahun Sebelum Masihi. Antara seni bina yang terpilih termasuklah Piramid Giza, Masjidil Haram, Tembok Besar China, Menara Eiffel, Menara Berkembar Petronas dan yang terkini, Tokyo Skytree.

Infografik tersebut dihasilkan dengan inspirasi seperti sebuah blueprint dan disusun mengikut ketinggian seni bina berkenaan, selain turut mengandungi maklumat seperti lokasi, ketinggian dan tahun ia mula dibina.

Jika anda berminat, poster infografik berkenaan boleh dibeli di sini.

Sumber: Co.Design

Like The Vocket di Facebook