Melihat perkembangan teknologi masa kini seolah-olah mengimbas kembali babak-babak dalam filem sains fiksyen yang memaparkan pelbagai peralatan canggih. Jadi, boleh dikatakan imaginasi perfileman direalisasikan oleh saintis dan pereka. Contoh hoverboard, telefon pintar, dan hologram 3D.

Maka, apabila seorang pembaca Vocket kongsi tentang NASA melakarkan segala imaginatif berkaitan pengembaraan angkasa lepas, saya jadi teruja kerana ada kemungkinan ia akan direalisasikan di masa depan. Saya percaya para saintis mempunyai visi masa depan dengan berusaha menjadikan imaginasi satu realiti.