Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut mengenai Shopee pasti orang ramai cukup kenal dengan platform e-dagang ini. Malah, kami yakin ramai pengguna di Malaysia turut menjadikan Shopee sebagai laman e-dagang pilihan berikutan penawaran barangan yang pelbagai serta mampu milik.

Artikel Berkaitan:

Hal ini juga turut mendorong kepada perkembangan syarikat yang pesat sekaligus menjadikan Shopee sebagai laman e-dagang nombor satu Malaysia.

Di sebalik mempunyai nama yang besar dalam dan luar negara, Shopee dilaporkan masih lagi gagal mengaut keuntungan yang konsisten. Situasi menjadi lebih parah apabila kesan ekonomi yang berlaku turut memberi kesan kepada syarikat Shopee untuk mengurangkan jumlah pekerja serta faedah buat para pekerja sedia ada.

Sumber: reuters

Menerusi perkongsian Instagram @ecommurz, Shopee dilaporkan telah membuat keputusan untuk mengubah penyedia syarikat insuran syarikat daripada Avrist kepada FWD.

Perubahan yang dibuat berikutan jumlah jualan di Shopee yang semakin rendah ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada para pekerja di mana faedah melibatkan kesihatan pekerja dikurangkan.

Bukan itu sahaja, motivasi bekerja para pekerja sedia ada juga dilaporkan semakin menurun sejak krisis ekonomi berlaku di mana firma ini telah menghentikan kenaikan gaji serta turut mengurangkan bonus.

Lebih mengundang kemarahan para pekerja, difahamkan CEO syarikat Sea dilaporkan berjaya mendapatkan sebuah kediaman mewah di Silicon Valley dengan harga mencecah $31 juta (RM134.31 juta). Pembelian tersebut dilihat sebagai kurang sensitif dan empati terhadap para pekerja sedia ada yang terpaksa berpuas hati dengan pemotongan gaji.

Sementara itu, syarikat Sea Ltd selaku syarikat induk bagi Shopee difahamkan sedang cuba mendapatkan kepercayaan pelabur di mana mereka dalam proses mencatat keuntungan dengan jangkaan sebanyak $1.1 bilion (~RM4.77 bilion) menjelang tahun 2025.

Mengulas mengenai keuntungan syarikat, Sea dilaporkan mencatat kerugian sebanyak $357.7 juta (~RM1.55 bilion) pada suku tahun ketiga 2022. Meskipun mencatat jumlah kerugian yang besar, Sea dilaporkan berjaya mencatat jumlah kerugian 29% lebih rendah berbanding suku tahun kedua 2022.

Difahamkan trend pengurangan pekerja ini akan terus diaplikasikan sehingga krisis ekonomi syarikat teknologi atau lebih dikenali sebagai tech winter berakhir.