Sewaktu orang ramai terpaksa bersabar menunggu ketika terperangkap di dalam kesesakan trafik, pasti ada pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan pelbagai cara bagi membolehkan mereka keluar dari jalan tersebut secepat mungkin.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik dua rakaman video dashcam (video hadapan dan belakang) menunjukkan tiga buah kereta memotong kenderaan lain dengan melalui di antara laluan kiri dan kanan jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam rakaman tersebut, kelihatan sebuah Audi A3, Proton Inspira (convert Mitsubishi Lancer) dan Proton Saga telah ‘berkonvoi’ memotong kenderaan lain yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas semasa hujan.

Dalam video itu juga, kedengaran deruman bunyi ekzos kuat dan hon sebagai isyarat kepada kenderaan lain untuk ‘membuka’ laluan kepada kesemua kenderaan terbabit untuk mencelah di tengah-tengah jalan tersebut.

Insiden ini telah menyebabkan orang ramai melontarkan pelbagai kecaman kepada ketiga-tiga pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-3
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-4
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-5
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-4
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-6
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
vocket-pemandu-audi-saga-dikecam-7
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting

Pemilik hantaran ini telah memuat naik satu tangkap layar ‘pengakuan’ dari seorang pemilik kereta Audi tersebut. Dia mengaku telah membawa kenderaannya secara melulu kerana terdapat kemalangan berlaku ketika waktu itu .

Terangnya lagi, dia terpaksa berbuat sedemikian kerana dia merupakan salah seorang ‘callman’. Namun penjelasan tersebut hanya menjadi bahan jenaka orang ramai sahaja.

Gara-gara mahu elak kesesakan trafik, seorang instafamous diburu polis kerana menyalahgunakan lampu strob.

‘Instafamous’ Diburu Polis Gara-Gara Salah Guna Lampu Strob Untuk Elak Kesesakan Trafik

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi

Sumber