Sekiranya sebelum pihak kerajaan pernah mengumumkan dimana peminjam PTPTN tidak lagi dikenakan sekatan imigresen, kini pihak kerajaan hadir dengan sebuah altenatif terbaru untuk mengurangkan jumlah hutang yang dipinjam daripada PTPTN.

Melalui perkongsian yang dibuat semasa Perbentangan Bajet 2019, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah mengumumkan potongan gaji bakal dibuat secara berjadual buat para peminjam PTPTN bermula 1 Januari 2019.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Potongan gaji yang dijalankan secara berjadual ini bakal dikenakan kepada individu yang sudahpun bekerja dengan menerima pendapatan RM1,000 dan keatas. Mengulas mengenai jumlah peratusan yang bakal dipotong, difahamkan sekitar dua hingga lima belas peratus daripada gaji bakal dipotong bergantung kepada jumlah gaji.

Difahamkan langkah yang dijalankan ini sekaligus dapat memberi peluang buat PTPTN mendapatkan kembali dana yang diberikan buat para peminjam sekaligus memberi peluang buat generasi baru melanjutkan pelajaran.

Baca lagi: Adakah ‘Reschedule’ Pinjaman Satu Kesilapan Atau Penyelesaian, Dan Kaitan Dengan PTPTN

Anda Mungkin Suka