Sejak Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan, perbincangan mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikalangan para graduan seringkali menjadi perbincangan. Hal ini dikaitkan dengan pelbagai ura-ura serta pengumuman yang dibuat pihak kerajaan.

Menerusi perbincangan para kabinet pada 23 November pihak kerajaan telahpun mencapai kata sepakat mengenai potongan gaji berjadual buat para peminjam bergantung kepada tangga gaji para graduan.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Menerusi pengumuman awal yang dibuat, para graduan yang membuat pinjaman PTPTN serta mempunyai tangga gaji diantara RM2,000 sehingga RM2,500 bakal dikenakan potongan pembayaran secara wajib sebanyak 2% atau RM40. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, potongan yang dikenakan ini juga bakal turut meningkat secara berkala sehingga 15% mengikut kenaikan gaji.

teo-nie-ching

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching. Sumber: RoketKini

Selain itu, para graduan dalam golongan M40 yang berjaya mencapai ijazah sarjana muda kelas pertama bakal dikecualikan daripada membayar PTPTN. Pihak kerajaan turut menegaskan pembayaran balik masih dikenakan kepada golongan T20 meskipun memperoleh keputusan yang cemerlang.

Menyoal mengenai pinjaman PTPTN yang sebelum ini diumumkan cuma perlu dibayar buat mereka yang bergaji mencecah RM4,000 dan keatas, Timbalan Menteri menyatakan cadangan ini bakal dipertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan negara kembali stabil.

Baca lagi: Adakah ‘Reschedule’ Pinjaman Satu Kesilapan Atau Penyelesaian, Dan Kaitan Dengan PTPTN

Anda Mungkin Suka