Setiap kali ada majlis perkahwinan, pasti pasangan pengantin mahu mengabadikan hari tersebut dengan gambaran yang menarik. Untuk foto perkahwinan yang lebih terancang, rata-rata para pengantin bergegas ke lokasi tertentu selepas majlis perkahwinan.

Kebiasaannya tempat seperti pantai, sungai, bukit, taman bunga dan lokasi yang tidak ramai orang menjadi pilihan agar gambar tiada photoboom dengan orang yang tidak dikenali dan dianggap istimewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masih mengekalkan konsep potrait outdoor untuk pengantin, seorang jurugambar jalanan tempatan telah mencurah idea yang lebih segar daripada kebiasaan apabila membawa pengantin ke jalanan.

Konsep sebegini sudah biasa dilakukan di luar negara terutama di bandar-bandar besar yang padat dengan penduduk seperti Hong Kong:

Gambar: thegaleria

Dengan pengalaman sebagai jurugambar jalanan, Chot Touch menggunakan elemen street photo seperti light and shadow, geomerty, sign, juxtapositition dan cipta momen istimewa dengan situasi jalanan di Malaysia.

Cabaran Street Outdoor Untuk Foto Pengantin

“Sebagai street photographer bukan kerja mudah untuk merakamkan moment di jalanan kerana semua moment yang berlaku bukan stages dan memerlukan right timing untuk merakamkan sesuatu moment yang berlaku sekelip mata,” jawab Chot apabila ditanyakan tentang cabaran street outdoor untuk pengantin.

Tambah Chot lagi; “Berbeza dengan fotografi perkahwinan dimana semuanya sudah boleh di plan seperti contoh selepas akad nikah ada aturcara sarung cincin, kemudian pengantin perempuan cium tangan pengantin lelaki dan sebagainya dimana jurugambar dah boleh predict.”

So apabila saya dapat job wedding saya dah tahu aturcara dan apa yang nak dibuat dan ini memudahkan tugas saya berbanding shot street photo.”

Kebanyakan pelanggan yang mahukan wedding potraiture dengan konsep jalanan ini sudah tahu hasil kerja Chot sebagai street photographer. Kepercayaan mereka kepada Chot membuatkan gambar-gambar yang dihasilkan itu tampak lebih menarik.

Potrait Perkahwinan Jalanan

Berikut ialah gambar-gambar potrait perkahwinan pelanggan Chot, Yem dan Wani yang diambil di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP
Gambar: Chottouch SP