Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Siapa sangka keluhan si abang kepada adiknya berusia 14 tahun ini mampu mencungkil kreativiti remaja tersebut sekaligus mencuri perhatian netizen diatas penghasilannya.

Ceritanya bermula apabila si abang, Amir Hariz memberi tahu adiknya dimana beliau masih belum mampu membeli powerbank  kerana masih belum menerima gaji.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Keluhan ini nampaknya dipandang serius oleh adiknya sekaligus mencipta powerbank buatan beliau sendiri dan dihadiahkan kepada abangnya seusai abangnya pulang daripada kerja. Beliau namakan powerbank ini sebagai ‘powerbank pening’.

Perkongsian Amir Hariz di laman Twitter ini turut mendapat perhatian netizen dimana orang ramai tertanya-tanya mengenai bagaimana powerbank ini berfungsi. Beliau turut menunjukkan bagaimana ‘powerbank pening’ ini berfungsi serta mampu mengecas telefon dengan baik.

Berjaya meraih lebih 8,000 retweet setakat artikel ditulis, beliau turut mengongsikan gambar adiknya bersama powerbank yang dihasilkan. Para netizen turut meluahkan perasaan bangga terhadap kasih sayang abang dan adik ini serta berharap adiknya mampu menghasilkan lebih banyak produk dan inovasi pada masa akan datang.