Jika baru-baru ini Apple telah mengeluarkan AirPod generasi kedua, kini Beats pula bakal menyaingi pengeluaran Apple dengan menetapkan tarikh untuk pelancaran PowerBeats versi tanpa wayar sepenuhnya yang telah dikemas kini yang mempunyai ciri dan fungsi yang sama seperti AirPods 2.

Model terbaru PowerBeats ini dijangka akan memaparkan cip terbaru H1 Apple yang juga terdapat dalam Airpods 2 dimana ianya dapat digunakan dengan bantuan suara ‘Siri’ dan penyambungan Bluetooth yang lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_03_beats-by-dr-dre-cordless-powerbeats-release-001

Bagi pengguna yang berharap untuk kualiti bass yang lebih baik, kalis air atau reka bentuk yang lebih selamat untuk menggunakan fon telinga di telinga, PowerBeats yang baru ini mungkin bakal menjadi pilihan terbaik buat anda.

Pelancaran untuk PowerBeats versi tanpa wayar sepenuhnya yang terbaru ini dijangka akan dilancarkan pada bulan April ini dan harga untuk satu unit produk tersebut masih belum ditetapkan lagi.