Mula dilancarkan Apple pada bulan Mei lalu, nampaknya Apple Malaysia sedang dalam proses untuk menawarkan Powerbeats Pro khusus buat pasaran tempatan.

Dari segi penggunaan, model ini hadir dengan kualiti bunyi yang memuaskan khusus buat mereka kerap bersenam. Mengulas dari segi bateri, PowerBeats Pro mampu bertahan selama 9 jam penggunaan manakala pod pengecasannya menawarkan penawaran bateri selama 24 jam penggunaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2019-07-10 at 3.22.39 AM

Menariknya mengenai PowerBeats Pro adalah penawaran cip Apple H1 yang membolehkan produk Apple anda dapat disambungkan dengan mudah melalui sokongan bluetooth.

Sebagai perbandindangan, PowerBeats Pro hadir dengan harga yang lebih tinggi berbanding Apple AirPods dimana model ini mula dijual dengan harga RM999. Buat anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini.