Kerjasama diantara Apple dan Beats bukanlah sebuah perkara yang baru. Terbaru, melalui model terbaru Beats iaitu Powerbeats Pro, Apple telah mengesahkan model ini bakal dilengkapi dengan teknologi panggilan ‘Hey Siri’.

Melalui model terbaru Beats ini, Powerbeats Pro ini ditawarkan dengan rekaan yang lebih ringan dan kecil. Teknologi Fast Fuel membolehkan pengguna mendengar muzik selama 4.5 jam hanya dengan 15 minit pengecasan. Menyoal dari segi rekaan, sudah pastinya rekaan dengan pelbagai warna ini tampak lebih cool berbanding Apple AirPods.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penawaran Powerbeats Pro ini dilihat sebagai altenatif kepada mereka yang mencari kelainan daripada Apple AirPods dimana ianya turut ditawarkan di rangkaian kedai rasmi Apple. Model ini bakal ditawarkan secara rasmi dengan harga $249.95 (RM1,020.01) bermula Mei ini.